suria

Festival Ramadan Putrajaya Terus Menggamit Pengunjung

Najib beramah mesra dengan peniaga di Festival Ramadan Putrajaya 2014.
PUTRAJAYA: Festival Ramadan Putrajaya 2014 yang dirasmikan seminggu lalu terus mendapat sambutan ramai apabila pengunjung hadir tanpa henti sebaik operasi bermula pada tengah hari hingga 12 tengah malam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan festival yang bertempat di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Isnin lalu.

Selain sekitar Kompleks PPj, lokasi festival itu termasuk Kiblat Walk dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini di mana ia dibuka daripada pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Festival itu dianjurkan dengan kerjasama PPj, Kementerian Perdagangangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Perdagangangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang festival yang akan berakhir 27 Julai ini adalah jualan juadah makanan, jualan barang keperluan Hari Raya dan aktiviti keagamaan termasuk ceramah agama yang menampilkan penceramah popular seperti Ustaz Kazim Elias.

Selain itu, PPj turut akan mengedarkan kurma, air zam zam serta jamuan berbuka dan moreh secara percuma kepada pengunjung.

Festival itu turut dimeriahkan dengan pertandingan 'Panjut Komuniti', persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid popular seperti Kumpulan Inteam, Saujana dan Nowseeheart serta selawat dan qasidah.


Festival Ramadan Putrajaya

Artikel Lain