suria

Empat Suspek LTTE Ditahan

Antara anggota LTTE yang ditahan Bukit Aman tahun ini.
KUALA LUMPUR: Empat lelaki yang disyaki pemimpin kanan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) ditahan dalam beberapa serbuan pada Khamis.

 

Suspek yang dipercayai ketua kumpulan LTTE ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman ekoran serbuan yang dilakukan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang suspek yang ditahan adalah pakar pembuat bom yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Seorang lagi suspek dipercayai terlibat dengan pembunuhan bekas Presiden Sri Lanka, Chandrika Kumartunga pada 1999.

"Suspek ketiga pula ialah rakan yang bersubahat dalam serangan pengganas yang berjaya digagalkan di India awal tahun ini, manakala suspek keempat adalah pengumpul dan menyebarkan maklumat antara rangkaian LTTE," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Antara barangan yang disita termasuk pasport palsu serta cop mohor Jabatan Imigresen Malaysia dan negara lain.

"Kami sedang menyiasat kaitan antara 14 anggota LTTE yang ditahan  tahun ini, di mana tujuh daripada mereka pemegang kad UNCHR.

"Kami akan cuba mengenalpasti bagaimana perkara ini berlaku," katanya.


LTTE, Khalid Abu Bakar

Artikel Lain