suria

Qariah Negara Antara Peserta Perdengar Bacaan Malam Kedua Tilawah Al-Quran

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (tiga kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (kiri) berkenan Sembah Kenal kepada Qari Malaysia Ahmad Tarmizi Ali (dua kanan) dan Qariah Malaysia Hanimzah Jalaluddin (kanan) sebelum merasmikan majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Kali Ke-56 Tahun 1435H/2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (depan, kiri). -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Qariah negara Hanimzah Jalaluddin antara sembilan peserta memperdengarkan bacaan pada hari kedua Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-56 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.

Peserta lain termasuk tiga qariah iaitu Obada Tur Rehman dari Pakistan, Mariyas Sulaiman dari Kemboja dan Sara El Hili dari Maghribi.

Lima qari turut menyampaikan bacaan iaitu Ahriouil Redouan dari Belgium, Nor Muhammad Ali (Singapura), Mohammad Noor (Vietnam), Valizadeh Khalkhali (Iran)
dan Mehmet Bilir(Turki).

Seramai 38 peserta kategori tilawah iaitu 23 qari dan 15 qariah menyertai majlis tilawah tahun ini yang bermula semalam.

Bagi kategori hafazan yang buat julung kalinya diperkenalkan pula disertai 22 hafiz (penghafaz lelaki) dan lapan hafizah (penghafaz wanita). 

Johan qari dan qariah kategori tilawah bakal membawa pulang jongkong emas bernilai RM70,000 tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Bagi kategori hafazan, johan hafiz dan hafizah akan menerima wang tunai RM30,000 beserta cenderamata dan sijil penyertaan.
qariah, qari. tilawah Al-Quran

Artikel Berikut

Artikel Lain