suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Kategori Pertama

KUALA LUMPUR: Tiupan angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Kudat serta Pantai Barat di Sabah diramal berterusan sehingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Menurut kenyataan itu, ribut petir turut diramalkan di kawasan perairan Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Miri sehingga awal pagi esok.

Sementara itu, keadaan cuaca yang sama juga dijangka melanda perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Condore, Reef North, Layang-layang dan Pahlawan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Angin dijangka bertiup kencang antara 40 hingga 50 kmsj serta ombak setinggi 3.5 meter dan berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri di kawasan-kawasan terlibat.

Artikel Lain