Ketua Polis Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, tujuh suspek itu kesemuanya lelaki rakyat tempatan berumur antara 20 hingga 35 tahun ditahan polis di pelbagai lokasi di sini dalam tempoh dua hari lepas.
"Permohonan perintah tahanan reman akan dibuat pada petang ini, kita yakin dengan tangkapan suspek ini beberapa kes jenayah samun dan jenayah lain dapat diselesaikan" katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
Gan berkata, polis turut berjaya merampas kembali barang kemas dan telefon bimbit milik seorang guru wanita berusia 23 tahun yang disamun oleh suspek utama yang berusia 20-an, Isnin lepas.
Anggota Geng Botak Suspek Kes Rogol Guru, Pelajar Ditahan
Polis menahan anggota Geng Botak yang dipercayai suspek kes rogol guru dan pelajar di Miri. Gambar Hiasan.


