suria

Peneroka Felda Hantar Petisyen Minta MPOB Keluarkan Lesen

Protes oleh peneroka Felda yang dilakukan di bangunan Parlimen, Rabu.
PETALING JAYA: Lebih dua ratus orang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkumpul di luar Parlimen pada Rabu untuk memberi tekanan kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) supaya mengeluarkan lesen pekebun berskala kecil kepada mereka.

Lesen MPOB itu memberikan kebebasan untuk mereka menjual hasil mereka kepada pembida tertinggi, hak yang dikatakan patut diberikan kepada semua pekebun kecil yang lain. 

Peneroka mendakwa percubaan mereka sebelum ini untuk mendapatkan lesen yang diluluskan MPOB telah ditolak kerana campur tangan oleh Felda.

Kumpulan itu datang menaiki lapan buah bas untuk menyampaikan petisyen yang ditandatangani oleh lebih daripada tiga ribu peneroka.


MPOB, Felda, peneroka

Artikel Berikut

Artikel Lain