suria

DUN Selangor: Speaker Tolak 10 Soalan 'Remeh' Dr Wan Azizah

Hannah Yeoh.
SHAH ALAM:Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh menolak 10 soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana ia disifatkan sebagai 'hal remeh temeh'. 


Yeoh berkata, semua Adun diberi taklimat mengenai peraturan tetap pada Januari tahun ini, serta isu yang boleh dikemukakan dalam DUN.

"Walaubagaimanapun, Adun Kajang, (Dr Wan Azizah) tidak diberikan penerangan mengenainya kerana beliau hanya dipilih menjadi Adun selepas sesi taklimat berkenaan.

"Perkara yang dibangkitkan hanya isu-isu kecil, bukan itu sahaja, malah soalan yang dikemukakan oleh beberapa wakil rakyat juga turut ditolak.

"Saya tidak tahu mengapa perkara seperti ini dianggap sebagai satu isu," katanya kepada pemberita di Lobi DUN Selangor.

Walaubagaimanapun, beliau berkata, Dr Wan Azizah masih boleh berpeluang mengemukakan soalan tambahan.

Semua soalan yang dikemukakan oleh Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR ditolak selepas setiap soalannya mengandungi lebih 40 perkataan berbanding 10 perkataan yang sepatutnya digunakan dalam setiap soalan.

Dr Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang pada 17 April lalu selepas beliau memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain