suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Parlimen Seremban Tarik Balik Rayuan Saman Fitnah

PUTRAJAYA: Anggota Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada Isnin menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah RM5 juta yang difailkannya terhadap dua pemimpin MCA negeri.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin kemudiannya menolak rayuan Loke selepas peguam Gobind Singh Deo yang mewakilinya memberitahu mahkamah beliau menarik balik rayuan itu tanpa perintah berkaitan kos.

Alizatul yang bersidang bersama Hakim-hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Mah Weng Kwai juga tidak membuat sebarang perintah berkaitan kos.

Berikutan keputusan ini, keputusan Mahkamah Tinggi pada 29 Nov 2013 yang menolak kes saman fitnah Loke terhadap Setiausaha MCA Negeri Sembilan Datuk Lim Fui Ming dan timbalannya Jason Lee Kee, kekal.

Loke, yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan itu kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan akhbar Guang Ming Daily pada 24 Feb 2012.

Loke mendakwa artikel itu menjejaskan dengan teruk kredibiliti dan reputasi beliau.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa sungguhpun kandungan artikel itu merupakan satu fitnah terhadap Loke, namun plaintif gagal membuktikan fitnah itu dilakukan Lee dan Lim.

Lee diwakili peguam V. Ganesalingam dan Lim pula oleh peguam Haresh Mahadevan.



Seremban, MCA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain