suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nilai Semula Prestasi GLC - PAC

Nur Jazlan
KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa kerajaan supaya menjalankan penilaian semula bagi menentukan tahap keupayaan semasa lebih 200 syarikat subsidiari miliknya.

 
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kajian berkenaan perlu bagi mendapatkan maklumat terkini kerana syarikat berkaitan kerjaaan (GLC) kini dilihat sering mengharapkan bantuan kerajaan bernilai jutaan ringgit bagi meneruskan kelangsungannya.

"Kementerian Kewangan perlu lihat kembali portfolio GLC bagi mengetahui sama ada mereka masih memenuhi objektif penubuhannya.

"Jika tidak proses rasionalisasi perlu dilaksanakan sama ada untuk menggabungkan GLC, menukar portfolio atau mungkin menamatkan operasi," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Menurut beliau, kajian semula itu perlu menentukan sama ada syarikat subsidiari sedia ada mencapai objektif penubuhan kerana mungkin wujud situasi di mana GLC tertentu tidak lagi relevan pada masa ini.

"Kajian juga perlu melihat sama ada GLC ini diuruskan dengan baik serta memberi pulangan kepada kerajaan," katanya.

Tambah beliau, terdapat beberapa GLC seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Kelantan dan Lembaga Koko Malaysia yang tidak begitu dikenali dan diketahui fungsi penubuhannya.

"Malah saya sendiri tidak tahu selama ini wujud GLC seperti Kada," katanya.

Selain itu, Nur Jazlan berkata, Kementerian Kerja Raya merupakan antara kementerian pertama yang akan dipanggil memberi keterangan kepada PAC kerana kelemahan pengurusan seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri kedua yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Turut akan dipanggil oleh PAC ialah Kemenerian Pelajaran, Kementerian Kewangan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Dalam Negeri.



PAC, GLC, subsidiari

Artikel Lain