Ops Titik Catat 151 Kes, Rampasan RM8.05 Juta - Hasan Malek - Semasa | mStar

Ops Titik Catat 151 Kes, Rampasan RM8.05 Juta - Hasan Malek

Rampasan diesel kini mencecah lebih RM8 juta.
KUALA PILAH: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek menegaskan Ops Titik bagi menangani penyelewengan diesel mula membuahkan hasil dengan 151 kes dicatat membabitkan sitaan bernilai RM8.05 juta sejak dilancar pada 15 Mei lalu.

Katanya, operasi bersepadu itu menyasarkan semua pihak, bukan setakat individu tertentu tetapi juga syarikat dan kawasan 'hot spot' yang dikenal pasti menerusi risikan.

"Semalam sahaja, dua kes dilapor di Selangor dengan nilai sitaan RM116,006 manakala pada Jumaat lapan kes iaitu empat di Kelantan, dua di Negeri Sembilan dan satu kes masing-masing di Sabah dan Sarawak dengan nilai sitaan RM186,560," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Menurut Hasan, sepanjang Ops Titik, Johor dan Putrajaya mencatatkan kes tertinggi iaitu enam kes, namun dari segi nilai sitaan Johor tertinggi dengan RM2.166 juta manakala Putrajaya RM1.592 juta.

Selain itu, beliau berkata, kementeriannya juga mengambil beberapa langkah lain bagi mengekang penyelewengan diesel bersubsidi termasuk yang terkini membatalkan lesen 'bunkering' iaitu penyaluran minyak ke kapal serta lesen borong petrol dan diesel terhadap 26 jeti persendirian.

"Bukan itu sahaja, kita sedang menambah baik peruntukan undang-undang sedia ada. Akta Kawalan Bekalan 1961 sedang dipinda dengan peruntukan penalti yang lebih berat," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai agar memainkan peranan membantu pihak berkuasa menangani isu itu dengan menyalurkan maklumat menerusi talian bebas tol1-800-886-800.

Terdahulu Hasan merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pesara Pegawai Pekhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan Negeri Sembilan.

 

Datuk Seri Hasan Malek , Ops Titik , diesel

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp