suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

8 NGO Buat Laporan Polis Terhadap Pemilik FB 'Chow Jack'

Abdul Rani (depan) bersama NGO yang membuat laporan polis terhadap Chow Jack pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Lapan badan bukan kerajaan (NGO) pada Ahad  membuat laporan polis berhubung sebuah akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan agama Islam.

NGO itu terdiri daripada Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Gerak Kerja Ayahanda Negeri Selangor, Persatuan Veteran Tentera Melayu, Majlis Ayahanda Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang dan Persatuan Sosial Minda Pemikiran.

Wakil NGO-NGO berkenaan membuat laporan polis ke atas pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Chow Jack' di Balai Polis Dang Wangi, di sini kira-kira 10.30 pagi.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.


NGO, Facebook, Chow Jack

Artikel Lain