suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Orang Asli Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

KUANTAN: Seorang pemuda Orang Asli ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian rusuk kirinya di sebuah ladang di Kampung Sungai Gayung, Kedaik dekat Rompin awal pagi Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin ASP Mohd Razali Razak berkata mayat Rosli a/l Kam Pak Chin, 20, ditemui terbaring berhampiran motosikalnya di Jalan Ladang Far East Kedaik kira-kira jam 3.30 pagi.

"Mayat mangsa ditemui oleh kenalan rapatnya yang kemudianya memaklumkan kepada keluarga mangsa sebelum kakak mangsa membuat laporan polis.

"Kakaknya juga memaklumkan terdapat kesan darah serta kecederaan pada rusuk kiri adiknya," katanya ketika dihubungi di sini Ahad.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah dibunuh.

Katanya mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Daerah Rompin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain