suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5,000 Rumah PR1MA, Cawangan Upsi Dibina Di Teluk Intan

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak menerima cenderahati selepas melancarkan program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Teluk Intan, Sabtu. - foto THE STAR
TELUK INTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa inisiatif bagi pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).

Sebagai memenuhi manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan. 

"BN adalah sebuah parti yang berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa B Nmenetapi janji dan membawa harapan kepada penduduk kawasan ini," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat dan pelancaran PR1MA Teluk Intan di sini.

Bagi projek PR1MA, Najib berkata sebagai permulaan, sebanyak 1,000 unit rumah akan dibina di kawasan itu.

Projek PR1MA Teluk Intan secara keseluruhannya melibatkan kawasan seluas 202 hektar.
PR1MA, Upsi, teluk Intan

Artikel Lain