suria

Kes Bible: Mais Tidak Setuju Keputusan Peguam Negara

PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkeras mahu mengenakan tindakan terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) berhubung kes rampasan Bible.

Dalam kenyataan pada Sabtu, susulan mesyuarat khas yang diadakan hari Jumaat, Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, Mais yakin wujud ruang dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 yang membolehkan pendakwaan dibuat.

Katanya, Mais juga tidak bersetuju dengan arahan Exco Selangor yang mengarahkan Jais memulangkan bible berbahasa Melayu yang dirampas itu kepada PBM. 

"Mais mendesak Bahagian Pendakwaan Selangor merujuk perkara itu kepada mahkamah terlebih dulu bagi mendapatkan perintah pelepasan barang kes, selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah," katanya. 

Kenyataan Mais dibuat tiga hari selepas Peguam Negara mengisytiharkan bahawa tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible oleh Jais Januari lalu dan kes itu ditutup.

Berikutan kenyataan Peguam Negara, kerajaan negeri mengarahkan pihak berkuasa agama untuk mengembalikan buku-buku yang dirampas.

Artikel Lain