suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UMT Guna Teknologi AS Kumpul Data Laut

Dr Ibrahim Komoo (kanan) dan Johar melihat 'Wave Glider' pada Majlis Pelancaran 'Wave Glider' dan Majlis Menandatangani Surat Niat bersama ASMA di sini, Khamis.
KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah sebagai organisasi pertama menggunakan teknologi baharu 'Wave Glider' untuk pengumpulan data oseanografi di negara ini.

Naib Canselor UMT, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, teknologi dari Amerika Syarikat (AS) itu yang menggunakan tenaga ombak dan solar kini diguna oleh beberapa negara seperti Korea Selatan, China dan Singapura.

"UMT menjalin kerjasama dengan Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd (Asma) untuk menjalankan penyelidikan menggunakan Wave Glider ini," katanya dalam sidang media selepas pelancaran alat itu dan Majlis Menandatangani Surat Hasrat dengan Asma, di sini, Khamis.

Penyelidikan itu dijalankan di Pulau Bidong sejak 31 Mac lepas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Asma, Johar Yusof yang turut hadir berkata, selain diguna untuk tujuan keselamatan dan mengesan sumber laut seperti minyak dan gas, Wave Glider juga boleh dimanfaatkan untuk mengesan fenomena alam seperti tsunami dan pencemaran laut.


UMT, Wave Glider, oseanografi

Artikel Lain