suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zahid Nafi Dakwaan Kecuaian Polis Punca Kematian Tahanan

Zahid (kanan).

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kematian seorang tahanan di Pulau Pinang pada Ahad berpunca daripada kecuaian pihak polis.

Dalam sidang media di sini Isnin, Ahmad Zahid berkata, berdasarkan keputusan bedah siasat ke atas pemandu lori, S.N. Aginraj, 29, ia berpunca daripada penyakit kronik.

"Keputusan menunjukkan lelaki itu mengalami penyakit yang dihadapinya sejak dahulu. Penyakit yang dihadapinya sudah pun berada para peringkat keempat sebelum dia ditahan," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi tentang keselamatan tahanan di bawah jagaan polis," katanya.

"Kita dalam proses untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dalam semua lokap tetapi ia akan dilakukan secara berperingkat bergantung kepada peruntukan kerajaan.

"Kita tidak mahu dituduh mencederakan tahanan sekiranya terdapat kematian berlaku di dalam lokap. Dengan pemasangan CCTV itu, kita juga dapat membawa pegawai penyiasat ke mahkamah sekiranya mereka gagal untuk mengikuti prosedur standard operasi (SOP)," katanya.

Pada 2 Jun lalu, Aginraj dan rakannya ditahan kerana didakwa mencuri 12 ketul besi.

Dia dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam pada Ahad lalu, kerana mengalami sesak nafas dan sawan tetapi kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain