suria

Kidex: Kelulusan Hanya Diberi Jika Penuhi Syarat - Fadillah

PETALING JAYA: Kelulusan memulakan pembinaan projek kontroversi Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) hanya akan diberikan setelah pemaju mematuhi syarat yang dikenakan iaitu termasuk mendapatkan maklum balas dalas daripada semua pihak terlibat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, pemaju mempunyai masa selama 12 bulan dari tarikh perjanjian konsesi ditandatangani pada 15 November 2013 untuk melengkapkan kesemua syarat yang ditetapkan.

Fadillah Yusof


"Selain itu syarikat syarikat konsesi terbabit iaitu Kidex Sdn Bhd perlu membuktikan mereka mempunyai keupayaan kewangan yang cukup untuk melaksakaan projek berkenaan.

"Kementerian akan memantau perkembangan perkara ini dan semua pihak adalah dinasihatkan untuk meneruskan rundingan dan perbincangan mereka secara objektif," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Berdasarkan tempoh perjanjian, pihak konsesi mempunyai masa sehingga pertengahan November 2014 untuk mematuhi prasyarat yang ditetapkan, sebelum keputusan muktamad, sama ada projek itu boleh diteruskan atau sebaliknya, dibuat.

Pembinaan Kidex menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk Selangor terutama di sekitar kawasan terlibat di Petaling Jaya yang mendesak kerajaan negeri Selangor menghentikan projek tersebut yang disifatkan bakal mendatangkan kesan buruk kepada rakyat di negeri itu.

Mereka mendakwa pembinaan Kidex akan menyebabkan perniagaan hampir 600 peniaga dan 3,784 pemilik tanah berada dalam situasi tidak menentu kerana nilai harga hartanah dikhuatiri merudum akibat masalah yang timbul kelak.
Kidex, Fadillah Yusof

Artikel Lain