suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh: Dua Rumah Tak Selamat Diduduki

Keretakan yang serius di salah sebuah rumah akibat tanah runtuh.

GOMBAK: Dua rumah teres di Kampung Sungai Chincin di sini yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh berikutan hujan lebat petang Rabu disahkan tidak selamat diduduki.

Pemeriksaan pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di kawasan kejadian mengklafikasikan kedua-dua rumah berkenaan dan kawasan berhampirannya tidak selamat.

Runtuhan bukit di belakang rumah tersebut menyebabkan dinding dapur kedua-dua rumah itu retak dan beberapa bahagian lain rosak teruk.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, tiada kemalangan jiwa berlaku.

Penghuni kedua-dua rumah itu kini menumpang sementara  di rumah jiran mereka.


tanah runtuh, gombak

Artikel Berikut

Ibu Gareth Tiba Di HTAA

Artikel Lain