suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Gareth Tiba Di HTAA

Janet Southwell.
KUANTAN: Janet Southwell berada di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pagi Khamis untuk mengenal pasti sama ada mayat yang ditemui di Pulau Tioman pada Rabu adalah mayat anaknya yang dilapor hilang sejak lapan hari lalu.

Beliau tiba di hospital kira-kira 11 pagi dari pulau tersebut dengan helikopter sambil ditemani Naib Konsul Pesuruhjaya Tinggi British dan teman wanita anaknya Kit Natariga Panyawatcharakun.

Mayat dibawa ke hospital kira-kira pukul 1 pagi Khamis dengan helikopter.

Gareth David Huntley dilapor hilang pada 27 Mei lalu ketika pergi sendirian ke kawasan air terjun Lubuk Teja di pulau itu.

Mayat seorang lelaki kemudiannya ditemui di Kampung Juara di pulau itu tengah hari semalam, kira-kira 500 meter dari tempat chalet penginapan Gareth di Pusat Perlindungan Penyu di kampung itu.

Bedah siasat sedang dijalankan untuk mengenal pasti identiti sebenar mayat.


Artikel Lain