suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kuntum Anjur Peraduan Mewarna Sabtu Ini

Penyertaan kanak-kanak untuk peraduan mewarna Kuntum dialu-alukan pada Sabtu ini.
PETALING JAYA: Kuntum, majalah pendidikan kanak-kanak terbitan Star Publications (Malaysia) Berhad akan menganjurkan peraduan mewarna bersempena Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan 2014 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Precint 13, Sabtu ini.

Penyertaan terbuka kepada dua kategori membabitkan kanak-kanak berusia 7 hingga 9 tahun (kategori A) dan 10 hingga 12 tahun (kategori B).

Program tersebut akan bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir 12.30 tengah hari.

Yuran penyertaan adalah percuma dan setiap peserta akan diberikan sehelai kemeja-T.

Setiap peserta dikehendaki membawa peralatan mewarna sendiri.

Peserta peraduan itu berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang terdiri daripada empat hadiah utama dan 11 hadiah saguhati.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Events Star di talian 03-79671388 ext 1466/1243.

Artikel Lain