suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buru Dalang Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau

KOTA KINABALU: Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai dalang di sebalik insiden pergaduhan di pasar ikan Keningau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Superintendan Awang Damit berkata, polis turut mencari beberapa individu yang terlibat dalam insiden itu yang mengakibatkan tiga mangsa cedera.

"Kami percaya mereka sedang menyembunyikan diri," katanya.

Insiden itu berjaya dirakam melalui video.

Video tersebut tersebar di Facebook dan laman media sosial yang lain.

Dalam insiden petang Ahad itu, polis berjaya menahan seorang warga asing berusia 34 tahun.
Keningau, pergaduhan, polis

Artikel Lain