suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan Pelaut British Saksi Pesawat Terbakar Disiasat - ATSB

SYDNEY: Australia memulakan siasatan berhubung dakwaan pelayar warga British yang dikatakan melihat pesawat terbakar pada hari pesawat MH370 hilang, 8 Mac lalu.

Berikutan itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang mengetuai misi mencari pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu sedang meneliti laporan yang dibuat isteri pelaut itu.

“ATSB menerima mesej dari orang awam melaporkan mereka melihat apa yang dipercayai sebuah pesawat yang sedang terbakar di ruang udara di Lautan Hindi pada malam kejadian kehilangan MH370.

“Maklumat itu sudah diserahkan kepada Kumpulan Kerja Misi Mencari MH370 untuk tindakan selanjutnnya," kata jurucakap biro itu, Rabu.

Dakwaan pelayar British itu, Katherine Tee itu menambah spekulasi mengenai lokasi pesawat MH370 menamatkan penerbangannya yang dilaporkan di koridor selatan Lautan Hindi.

Pasangan yang berada di kapal layar mereka itu berkata, asap hitam keluar dari ekor pesawat ketika mereka sedang menghala dari Kochi di India ke Phuket, di Thailand.

ATSB, MH370, MAS

Artikel Lain