suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Seorang Lelaki Ditemui Mati Di Klang

Anggota Polis Forensik memeriksa mayat seorang lelaki tempatan yang ditemui mati dengan kesan tetakan di belakang kepala berdekatan pintu pagar belakang sebuah sekolah perempuan pada Rabu.

KLANG: Seorang lelaki berusia 30-an ditemui mati dipercayai dibunuh di tepi Jalan Kota, berhampiran sebuah sekolah dan pejabat tanah di sini, awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superitendan Goh Lee Fook berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui orang ramai kira-kira pukul 7.20 pagi.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa yang berumur lewat 20-an mati akibat dibunuh kerana kesan kecederaannya yang dialami seperti bekas ditetak.

"Namun punca sebenar kematiannya masih disiasat," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau meminta orang ramai atau saksi kejadian agar tampil memberi maklumat bagi memudahkan siasatan kes itu.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat.

Lelaki, mati, Klang, Sekolah convent

Artikel Lain