suria

Huntley Mungkin Cedera, Kata Pakar Mencari Dan Menyelamat

Operasi mencari Gareth Huntley diteruskan. Foto AZMIN GHANI / THE STAR

PETALING JAYA: Besar kemungkinan warga Britain, Gareth Huntley tidak akan hilang begitu lama melainkan dia mengalami kecederaan ketika sedang melakukan 'jungle trekking' ke air terjun Lubuk Teja di Pulau Tioman.

Pakar mencari dan menyelamat, Mejar (Rtd) Murali Bhaskaran berkata, berdasarkan pengalamannya sendiri di Pulau Tioman, Huntley tidak akan hilang begitu sahaja kerana terdapat banyak laluan yang menuju ke pantai di mana dia begitu mudah untuk dijumpai.

"Terdapat satu jalan di sepanjang 'jungle trek" dari Kampung Tekek ke Kampung Juara. Jika dia tidak hilang atau sesat, dia akan mudah untuk melalui jalan tanah itu," katanya.

Murali berkata, Huntley mungkin tersesat jalan dan cuba untuk mencari jalan pulang apabila dia tergelincir dan mungkin boleh mencederakan dirinya, menyebabkan pergerakannya terbatas.

"Walaupun ia hanya sebuah pulau yang kecil, tetapi hutan begitu tebal dan sebahagian laluan trek begitu lincin sekiranya cuaca agak buruk," katanya.

Beliau berkata, walaupun Huntley hilang sejak 27 Mei lalu, lelaki berusia 34 tahun itu boleh hidup di dalam hutan selagi ada bekalan air tawar dan makanan berdekatan.

Sementara itu, keadaan operasi yang tidak begitu baik, malah buat anggota pasukan mencari yang mengalami kecederaan sewaktu melakukan usaha bagi mencari Huntley yang hilang.

Tetapi tanpa sebarang kesan warga Britain itu selepas seminggu kehilangannya, pihak berkuasa berkata, mereka akan terus melakukan pencarian malah berkhemah di dalam hutan.

"Apa sahaja akan dilakukan untuk mencari orang yang hilang.

"Keadaan (pencarian) begitu sukar tetapi saya percaya semua orang mahu meneruskan usaha ini supaya Huntley dijumpai," kata Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Menyelamat Pahang, Alimaddia Bukri.


Artikel Lain