suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Didakwa Langgar Kimberley Yap Serah Diri

Kimberly cedera akibat dirempuh sebuah kereta Toyota Harrier di Penchala Link.
KUALA LUMPUR: Pemandu Toyota Harrier berusia 20 tahun yang didakwa melanggar pemenang pingat emas Sukan SEA, Kimbeley Yap Fui Li telah menyerah diri.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata pelajar kolej swasta itu hadir di balai polis trafik Petaling Jaya pada petang Rabu untuk membuat laporan mengenai kejadian pada pukul 8.45 pagi dan telah bekerjasama dengan pihak polis yang menjalankan siasatan.

Dia disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu dan berbahaya, katanya.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh menerima hukuman sehingga lima tahun penjara dan denda sebanyak RM5,000 hingga RM15,000.

Polis berkata, pada pukul 8.45 pagi Yap berbasikal ke arah Damansara di Penchala Link untuk pulang ke rumah dan selepas terowong, adia dirempuh dari belakang oleh kenderaan.

Atlet berusia 28 tahun yang menang dua pingat emas Sukan SEA ini dilaporkan mengalami kecederaan tetapi berada dalam keadaan stabil.

PLUS Malaysia telah menjelaskan bahawa berbasikal di lebuh raya adalah tidak sah di bawah Akta Pengangkutan Jalan, sambil menambah bahawa basikal, traktor dan beca dilarang lalu di lebuh raya yang dikendalikan oleh pemegang konsesi tersebut.

Pada tahun 2012, PLUS mengeluarkan nasihat meminta penunggang basikal mengelakkan menggunakan lebuh raya kerana ia mungkin membahayakan mereka kerana perbezaan dalam kelajuan basikal dan kenderaan lain.

Kimberley Yap, kemalangan

Artikel Lain