suria

Kemangkatan Sultan Perak: Kempen Calon PRK Teluk Intan Dibatal

TELUK INTAN: Kempen kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Rabu dibatalkan bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, semua program calon parti itu, Datuk Mah Siew Keong pada Rabu dibatalkan.

“Semua program kempen Gerakan akan batalkan sehingga petang Khamis,” katanya.

Sementara bagi calon DAP pula, Ketua Publisitinya, Tony Pua juga semua ceramah dan sidang media calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud pada Rabu dibatalkan.

“Tiada sebarang kempen atau acara umum sehingga dimaklumkan kelak,” katanya.

Terdahulu, sidang media Dyana di pejabat operasi parti di sini yang sepatutnya dijadualkan pada pukul 12 tengah hari Rabu dan kemudiannya ditangguhkan pada pukul 6 petang juga dibatalkan.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu, dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada Khamis.

Berita kemangkatan Sultan Perak itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada pukul 3.45 petang.

kempen, calon, PRK Teluk Intan

Artikel Lain