suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Bengkel Cuci Kereta Dicekup Polis

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah ditahan selepas polis menemui ketulan mampat ganja dalam kotak susu formula dalam satu pemeriksaan di Jalan Macalister,Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Polis (ACP) Mior Faridalatrash Wahid berkata kotak susu itu ditemui dalam kereta Mercededes Benz yang dipandu lelaki terbabit.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki berusia 26 tahun itu bekerja di sebuah bengkel cuci kereta di sini dan dipercayai menjalankan kegiatan mengedar dadah sejak tiga bulan lepas.

"Ganja itu dibalut dengan kertas timah dan kotak itu turut dibalut kemasdalam plastik hitam," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata ganja seberat 1.3 kilogram bernilai RM3,000 itu dipercayaidijual secara kecil-kecilan di sekitar bandar ini. Lelaki itu ditahan reman sehingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan,katanya. 

Ganja, Pencuci Kereta

Artikel Lain