suria

Rempuh DUN: Siasatan Polis 95 Peratus Selesai

GEORGE TOWN: Siasatan berhubung insiden rempuhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Rabu lepas hampir selesai, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Polis  (ACP) Mior Faridalatrash Wahid. 

Beliau berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 448 dan Seksyen 147Kanun Keseksaan dan laporan lengkap akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Rayadalam tempoh terdekat.

"Setakat ini 95 peratus dah selesai. Polis menyiasat kes ini dari pelbagai sudut dan setakat ini telah merekodkan keterangan 27 orang saksi," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi liar sehingga siasatan selesai dijalankan. Rabu lepas sekumpulan lelaki menyerbu masuk DUN sebagai membantah tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer menggelarkan 'Umno celaka' ketika membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Selasa.

Sementara itu, Mior Faridalatrash berkata polis menerima 19 laporan berhubung kes salah laku sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang berakhir pada Ahad.

Beliau berkata lima kertas siasatan yang dibuka telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses seterusnya.

"Pilihan raya berlangsung dalam keadaan aman dan kebanyakan kes adalah berkaitan rasa tidak puas hati calon bertanding," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain