suria

Fahami GST Dahulu Sebelum Kritik

SHAH ALAM: Rakyat harus memahami dan megetahui butiran mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum mengkritiknya, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed. 

"Jangan hanya menolak bulat-bulat. Asas bagi cukai ini akan memberi manfaat kepada rakyat. Pergi ke laman web kastam dan baca mengenainya, selepas itu anda buat keputusan berdasarkan fakta dan ilmu pengetahuan," kata Jazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

 Jazlan yang merupakan salah seorang panel pada forum, GST: Siapa Untung, Siapa Rugi menambah pelaksanaan GST tidak menjadikan sesebuah kerajaan itu baik atau buruk. 

"Tanggungjawab sebuah kerajaan adalah membelanjakan wang secara berhemah," katanya. 

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, mengikut Cukai Barangan dan Jualan (SST), peniaga yang tidak bertanggungjawab masih boleh melarikan diri daripada membayar cukai dan perkara ini tidak boleh dilakukan selepas GST dilaksanakan pada 1 April 2015. 


"Strukturnya telah disetkan dalam komputer, di mana semua pemilik kedai, perniagaan dan kilang akan didaftarkan dan sesiapa yang cuba melarikan diri boleh dikesan," kata Nur Jazlan. 

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Persekutuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata persatuan itu menyokong pelaksanaan GST namun mereka menggesa kerajaan menyelesaikan beberapa masalah terlebih dahulu

"Kerajaan perlu efektif dan telus dalam menyelesaikan isu penyalah gunaan kuasa dan rasuah," kata Muhammad Sha'ani.

GST, Jazlan, PAC, Fomca

Artikel Berikut

Artikel Lain