suria

Ceroboh DUN PP: PAS Salahkan Polis

GEORGE TOWN: PAS cuba mengalih perhatian kejadian sekumpulan lelaki merempuh dan menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpunca daripada kenyataan biadab wakil rakyat Pakatan Rakyat dengan menyalahkan pihak polis.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendesak Datuk Abdul Rahim Hanafi meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani insiden petang Rabu itu.‬

‪Malah, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap Ketua Polis Pulau Pinang itu.‬

‪"Saya minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara mesti ambil tindakan segera terhadap OCPD Pulau Pinang," katanya pada ceramah di Kuta Bali, Paya Terubong, malam Rabu.‬

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang Rabu, sekumpulan 200 lelaki merempuh pagar utama DUN dan menceroboh sesi sidang wakil rakyat itu kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima, RSN Rayer yang dianggap biadab apabila menyebut "Celaka, Celaka, Celaka Umno."

‪Mat Sabu berkata, desakan supaayaa Abdul Rahim meletak jawatan kerana pasukan polis dilihat gagal menyekat tindakan sekumpulan penyokong Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.‬

‪"Saya tengok melalui YouTube, mereka (polis) gagal halang sekumpulan lelaki membawa kayu yang merempuh masuk ke dalam DUN. Polis tak buat apa-apa.‬

‪"Saya juga kaki demonstrasi. Orang panggil saya imam jalan raya tapi tindakan menceroboh masuk DUN merupakan perbuatan memalukan," katanya.

Jelas beliau, jika tindakan segera tidak diambil, sejarah hitam itu dikhuatiri akan berulang.‬

‪"Jika nak maki Rayer dan Ketua Menteri silakan tapi pencerobohan satu kesalahan berat," katanya.‬

‪Sementara itu, Mat Sabu menegaskan PAS tetap menyokong pencalonan Ramkarpal Singh Deo untuk bertanding di Parlimen Bukit Gelugor.

‪Pada masa sama, beliau mempertahankan kesetiaan PAS bersama Pakatan Rakyat walaupun DAP menentang pelaksanaan hudud.‬

‪"Jangan takut apa-apa , PAS sekarang dalam Pakatan Rakyat. Kita memilih perjuangan secara demokrasi dan Parlimen.‬

‪"PAS bukan jenis angkat senjata, bukan militan. Kita berjuang melalui Parlimen. Apa-apa yang PAS mahukan akan dibincangkan dalam Pakatan Rakyat menerusi proses demokrasi," katanya.
Mat Sabu, sidang DUN

Artikel Lain