suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rayer Tidak Akan Mohon Maaf Label 'Pemimpin Umno Celaka'

R.S.N.Rayer
GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer berkata beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya "pemimpin Umno celaka".

Rayer berkata kenyataan itu dikeluarkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri dan hanya merujuk kepada pemimpin-pemimpin parti itu, oleh itu ia harus diselesaikan dalam DUN.
 
"Setiap orang Adun (anggota dewan undangan negeri) mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan DUN (dewan undangan negeri), jadi dalam hal ini saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan saya tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) DUN Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin Umno sebagai 'celaka' ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui DUN supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno.
Rayer, Umno

Artikel Lain