suria

Polis Rampas Makmal Mini Dadah, RM195,000 Syabu

KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang menjadikan sebuah rumah di Jalan Balam, Kajang, Selangor sebagai makmal mini memproses dadah, Rabu lepas.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebooknya pada Selasa berkata hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu, syabu bernilai RM195,000 dirampas dan dua warga tempatan, masing-masing lelaki dan wanita berumur 41 dan 23 tahun ditahan.

 "Polis menemui sepinggan kaca berisi serbuk kristal disyaki dadah syabu yang dianggarkan seberat 33.8 gram dan 13 paket plastik disyaki dadah syabu seberat 1.28 kilogram di dalam rumah itu.

"Kedua-dua suspek telah ditahan reman bagi tindakan lanjut dan kes disiasatdi bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952," menurut laman facebook itu.

PDRM, Syabu, Kajang, Makmal Mini

Artikel Lain