Enggan Mengundi, Mahu Kurangkan Majoriti, Pecah Undi DAP - Semasa | mStar

Enggan Mengundi, Mahu Kurangkan Majoriti, Pecah Undi DAP

Pengundi Parlimen Bukit Gelugor akan menunaikan tanggungjawab pada Ahad ini.

GEORGE TOWN: Beberapa pengundi Melayu mengakui enggan keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, 25 Mei ini.

Tinjauan mStar Online mendapati, antara alasan yang diberi penduduk terbabit adalah untuk mengurangkan majoriti DAP atau memecahkan undi yang diperoleh parti pembangkang itu.

PRK Parlimen Bukit Gelugor mempunyai 61,112 pengundi Cina atau 74.49 peratus dan pada Pilihan Raya Umum lalu, Karpal Singh yang juga bekas pengerusi DAP, meraih majoriti 42,706 undi.

Contohnya, penduduk di Taman Tun Sardon, Gelugor, Nadia Zarit yang mengakui tidak berhasrat mengundi kali ini kerana dengan cara itu sahaja dapat mengurangkan jumlah majoriti undi yang pernah dimenangi DAP.

"Saya tak nak keluar mengundi. Bukan tidak mahu menunaikan tanggungjawab tetapi kecewa kerana Barisan Nasional (BN) tidak menurunkan calonnya pada kali ini.

"Sekurang-kurangnya jika BN bertanding, kita tahu sedikit sebanyak nasib penduduk Melayu pasti terbela. Jadi lebih baik tidak keluar mengundi," katanya yang membantu menguruskan gerai nasi lemak bapanya di sini.

Wanita berusia 26 tahun itu berkata, beliau turut bimbang dengan nasib orang Melayu di negeri ini yang dilihat mula diusir secara 'halus' supaya keluar dari kawasan tersebut.

"Memang mereka tak halau secara terang-terangan, tetapi tindakan itu dibuat secara halus. Kita dah nampak sikit-sikit apabila rumah flat berdekatan dijual pada harga RM90,000, sedangkan harga sebelum ini RM20,000," katanya.

Seorang lagi penduduk di Kampung Melayu Air Itam, Mohd Jabar Zaidin juga percaya ramai pengundi Melayu tidak mengundi Ahad ini.

"Anda perlu tahu orang Melayu merupakan pengundi kedua teramai selepas kaum Cina. Jadi jika trend ini berlaku, Ramkarpal dan DAP dilihat gagal menyambung legasi Karpal Singh," katanya yang berusia 39 tahun.

Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, 40, berkata, kehadirannya di pusat mengundi untuk memecah undi yang bakal diperolehi DAP.

"Kita kena lakukan perkara ini tanpa mengira siapa calon Bebas yang bertanding. Kita tahu tindakan ini merupakan salah satu cara untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan negeri," katanya.

PRK Bukit Gelugor , DAP , Taman TUn Sardon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain