suria

Sister Julianna Mungkin Alami Kecederaan Otak Yang Tidak Dapat Dipulihkan

BERTARUNG NYAWA: Beberapa ahli gereja mendoakan Sister Julianna Lim, yang berada dalam keadaan supaya segera pulih, di Hospital Tuanku Ja’afar Hospital di Seremban. Foto UU BAN / THE STAR

SEREMBAN: Sister Julianna Lim, salah seorang biarawati warga emas yang diserang di sebuah gereja di sini pada Rabu mungkin mengalami kecederaan otak yang tidak dapat dipulihkan.

Biarawati berusia 69 tahun dari fahaman Holy Infant Jesus yang berpangkalan di Kampung Pasir mempunyai beberapa darah beku di kepalanya selepas dipukul berulang kali menggunakan topi keledar di Gereja Visitation di sini.

Ahli-ahli fahaman Roman Katolik yang sentiasa membantu golongan miskin dan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal, dan dikenali di seluruh dunia kerana mendekati golongan terpinggir, akan memastikan mereka mendapat peluang untuk merasai kehidupan lebih baik untuk diri mereka sendiri.

Ahli gereja P. Mary Josephine , 65, berkata, doktor menyatakan demikian kepada wakil gereja bahawa keadaan Lim tidak bertambah baik sejak dia tidak sedarkan diri selepas insiden serangan berlaku.

"Tekanan darah beliau sangat tinggi ketika dibawa masuk ke hospital tetapi kini telah menurun. Doktor cuba yang terbaik untuk menstabilkan beliau tetapi tidak ada tanda-tanda akan dipulihkan buat masa ini," katanya.

Beberapa ahli-ahli gereja berdoa di sisi Lim di hospital sejak beliau dibawa masuk untuk diberikan rawatan.

Josephine berkata, Lim mengalami kecederaan dalaman yang teruk dan pendarahaan pada bahagian kepala.

"Ia adalah masa yang sukar bagi keluarga, saudara-mara dan juga ahli-ahli gereja. Kami berdoa supaya beliau segera pulih," katanya.

Sister Marie Rose/Theresa Teng yang juga diserang kembali sedar dan boleh bercakap dengan mereka yang melawatnya di hospital.

Polis merekodkan kenyataan biarawati yang berusia 79 tahun itu pada Khamis.

Josephine berkata, Marie Rose memberikan beberapa butiran mengenai serangan itu kepada pegawai gereja.

"Beliau berkata terdapat seorang penyerang yang menyerang beliau menggunakan topi keledar ketika mereka berjalan berhampiran pintu masuk ke gereja.

"Beliau merayu suspek untuk tidak dicederakan kerana beliau sudah berumur tetapi kemudian dia menyerang Lim," katanya.

Josephine berkata, Marie Rose juga mengalami beberapa pendarahan dalaman tetapi doktor berjaya menanganinya.

"Beliau dalam keadaan baik kerana kejadian itu tidak memberi kesan dalaman pada otaknya," katanya.

Seorang ahli gereja berkata, kedua-dua biarawati itu aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Artikel Lain