suria

PAS Gesa MB Terengganu Hentikan Projek 'Tidak Berfaedah'

Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu mahu Menteri Besar yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengkaji semula projek-projek 'tidak berfaedah' oleh pemegang jawatan sebelumnya, Datuk Seri Ahmad Said.

Projek-projek tersebut termasuklah projek kontroversi kompleks bebas cukai Tasik Kenyir dan fasa kedua Zoo Kemaman.

"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada menteri besar baharu dan kami berharap beliau akan melakukan kerja yang baik dalam mentadbir negeri ini.

"Kami juga mahu melihat jika dia berani menghentikan projek-projek tidak berfaedah ini yang dilaksanakan oleh pemimpin terdahulu, demi kepentingan rakyat," kata Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahari Mamat.

Satiful yang juga merupakan Adun Paka berharap Ahmad Razif akan membatalkan kenaikan kadar cukai taksiran yang dicadangkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

"Sesetengah orang akan dikenakan bayaran 600 peratus lebih daripada sebelum ini, yang tidak masuk akal. Kami berharap cadangan ini tidak dilaksanakan, " katanya pada sidang akhbar.

Beliau berkata PAS mengalu-alukan sebarang langkah untuk mengadakan perbincangan dengan Ahmad Razif.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain