suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Sarawak Beri Bantuan RM1 Juta Untuk Kos Perubatan Bekas Pengerusi DAP Negeri

Wong Ho Leng
KUCHING: Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan bantuan berjumlah RM1 juta bagi menanggung kos perubatan bekas pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang sedang menerima rawatan akibat barah otak.

Ketua Menteri Tan sri Adenan Satem pada Khamis berkata bantuan itu diberikan atas dasar kemanusiaan berikutan permintaan daripada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

"Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan Negeri untuk mengeluarkan cek bernilai RM1 juta (bagi menanggung kos perubatan Wong)," katanya semasa menggulung ucapannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Wong, yang juga Anggota Dewan Undangan (ADUN) Bukit Assek, menderita akibat barah otak sejak tahun lepas dan memerlukan rawatan di Singapura.

Beliau pulang ke Sibu baru-baru ini dan dikatakan masih dalam koma.
Wong Ho Leng

Artikel Lain