suria

Firefly Lancar Dua Laluan Baharu Pada September

KUALA LUMPUR: Firely akan melancarkan dua laluan baharu pada September antara Pulau Pinang dan Krabi di Thailand serta Johor Baharu dengan Ipoh.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan tambang murah itu berkata penerbangan Pulau Pinang-Krabi bemula pada harga RM149 sehala dan Johor Baharu-Ipoh pada RM59 sehala.

Ia juga berkata Firefly Holiday, portal pengembaraan yang menawarkan pakej percutian serata dunia, secara rasmi melancarkan portal pengembaraan baharunya Khamis.

Menerusi portal itu, para pelanggan boleh memilih masa penerbangan mereka dan hotel.

"Dengan tawaran itu, kami berharap kami mampu berkembang lima kali, jika tidak lebih, dalam jumlah dan jualan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Ignatius Ong.

Beliu berkata semasa Firefly Holiday bermula, ia mempunyai purata 300 tempahan sehari.
Firefly, portal

Artikel Lain