suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MB Terengganu Tiba Di Bangunan Perdana Putra

PUTRAJAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman tiba di Bangunan Perdana Putra di sini bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau yang menaiki kereta Mercedez Benz berwarna hitam dengan nombor pendaftaran TAR76 tiba kira-kira 11.30 pagi Rabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir itu dijadualkan bertemu Perdana Menteri selepas mesyuarat Kabinet untuk membincangkan situasi terkini kemelut politik Terengganu.

Terdahulu, Perdana Menteri memasuki pekarangan Perdana Putra pada pukul 9 pagi untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi Rabu.

Kenderaan rasmi yang membawa Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet mula memasuki kawasan perkarangan beberapa minit kemudian.

Sejak pukul 8 pagi, petugas media berkumpul di perkarangan Perdana Putra dan Seri Perdana di sini, menanti pertemuan Ahmad Razif dan Adun bersama Perdana Menteri yang dilapor akan berlangsung di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.

Wakil media mula berkumpul di kedua-dua lokasi, yang berkemungkinan menjadi lokasi pertemuan berkenaan.

Urusan di kawasan Perdana Putra iaitu Kompleks Jabatan Perdana Menteri dan Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia berjalan seperti biasa.



Artikel Lain