suria

Krisis Politik Terengganu: Ahmad Said Masih Ahli Umno - MB

Ahmad Razif Abdul Rahman. Foto ZABIDI TUSIN / THE STAR

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengikut jejak beliau mengumumkan keluar dari Umno masih lagi sebagai ahli parti.

Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menerima sebarang surat rasmi berkenaan keputusan keluar Umno dari ketiga-tiga individu terbabit sekali gus menyebabkan mereka masih lagi ahli Umno.

"Tiada yang tidak pasti mengenai sama ada mereka masih lagi ahli Umno atau tidak.

"Saya menganggap tiada krisis dalam parti, ia hanya persepsi," katanya pada sidang media pertama beliau sebagai Menteri Besar yang baharu pada Rabu.

Ditanya mengenai gesaan PAS supaya DUN dibubarkan, Ahmad Razif berkata, ia sentiasa menjadi sebahagian daripada strategi parti itu.

Ahmad Razif turut menjelaskan bahawa beliau tidak akan membincangkan mengenai pembubaran DUN dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dijangka akan ditemuinya dalam satu perjumpaan kemudian di Putrajaya pada Rabu.

"Keadaan masih lagi stabil di Terengganu. Barisan Nasional akan meneruskan perjuangannya di negeri ini," katanya.

Pada Isnin, Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno selepas beberapa jam beliau digantikan dengan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain