suria

Ops Cantas: 120 Pati Ditahan

Gambar Hiasan

TAWAU: Polis menahan 121 pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam Ops Cantas Khas di perkampungan setinggan di Batu 4, Jalan Apas di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, dalam operasi kira-kira pukul 5 pagi hingga 9 pagi itu, sebanyak 68 lelaki dan 53 wanita berusia antara 20 dan 60 tahun ditahan.

"Dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen, kami turut menahan dua lelaki berumur lingkungan 30-an kerana posifif dadah," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, katanya, polis memberkas seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di sebuah bengkel di Kalabakan, dekat sini, Selasa.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis yang diketuai oleh Asisten Superintendan Ridzuan Khalid menahan seorang lelaki berusia 32 tahun di bengkel tersebut kira-kira pukul 5.20 petang.

"Turut dirampas daripada lelaki yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu adalah selaras senjata api 'bakakok', syabu seberat 41.2 gram, sebilah parang panjang dan wang tunai RM629," katanya.


Ops Cantas, Tawau, Jalan Apas, Pati

Artikel Lain