suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat di Lembah Klang

PETALING JAYA: Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan Lembah Klang mengalami banjir kilat pada tengah hari Isnin. 

Laman web sosial, turut dibanjiri dengan gambar dan status mengenai kejadian banjir yang berlaku. 

Duchess of Semantan memuat naik gambar banjir yang berlaku di Empire Gallery, di Jalan Semantan, Damansara Heights. 

"Elak melalui Damansara Heights, Jalan Semantan. Banjir kilat," tweetnya. 

KL Trafik Updates mentweet, mengenai banjir kilat yang berlaku di Jalan Kia Peng, Jalan Mahameru, Jalan Duta, Jalan Bangsar dan Damansara Heights. 

Terdapat banyak tweet mengenai pokok tumbang sekitar Lembah Klang. 

Pokok tumbang dilaporkan berlaku di Persiaran Jalan Raja Chulan dekat Istana Pahang, Bulatan Kampung Pandan, Kilometer 22.3 Bukit Lanjan -Jalan Duta dan di luar terowong KLCC. 

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan tren komuter mungkin akan terjejas ekoran banjir yang berlaku. 

Pemandu dinasihatkan tidak memandu laju dengan cuaca buruk yang berlaku. 


banjir kilat

Artikel Lain