suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sindiket Seludup Pati Guna Bot Nelayan Diberkas

JOHOR BAHARU: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor berjaya menumpaskan cubaan menyeludup pendatang tanpa izin (PATI) dengan menggunakan bot nelayan di perairan Parit Jawa, Muar, lewat malam Sabtu.

Komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata dalam operasi pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, 28 warga Indonesia berumur antara 18 hingga 50 tahun ditahan.

Turut ditahan ialah dua warga Indonesia yang bertindak sebagai tekong dan pembantu tekong, katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Khiu berkata pasukannya telah menahan bot nelayan itu ketika cuba keluar dari Sg Parit Jawa menuju ke sempadan.

"Hasil siasatan yang dijalankan kesemua penumpang mengaku dikenakan bayaran untuk perjalanan keluar dari Malaysia. Tekong bot mengaku menjalankan aktiviti penyeludupan manusia dengan bayaran ke atas penumpang," katanya.

Kesemua PATI bersama bot dibawa balik ke Pangkalan Polis Marin Wilayah Dua di Muar untuk tindakan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 bersama Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002.


Pati, Polis Marin

Artikel Lain