suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Maut, Tiga Anak Cedera Dalam Kemalangan

IPOH: Seorang suri rumah maut manakala tiga anak dan sepupunya cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 1, Jalan Sitiawan-Beruas dekat Sitiawan petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata Sharina Ramzan Mohd, 35, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung manakala anak perempuannya Nursyairah Mubarak Ali, 6, serta sepupu yang dikenali sebagai Nazrana, 27, cedera parah dalam kejadian 4.20 petang itu.

"Siasatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu Sharina dari arah Sitiawan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata pemandu MPV Cheng Sing Hieng, 22, dan dua lagi anak Sharina iaitu Shafikah, 12, dan Muhammad, 10, masing-masing cedera ringan dan dirawat di hospital sama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sitiawan, Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain