suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilihan PKR: MB Mohon Maaf Atas Kekecohan Di 9 Cabang

PETALING JAYA: Pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui wujud kepincangan dalam sistem pemilihan parti itu hingga mengganggu kelancaran proses pengundian yang berlangsung ketika ini.

Pengakuan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi akaun Twitternya selepas proses pemilihan di sembilan cabang di negeri itu pada Ahad terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat pelbagai masalah seperti sabotaj dan soal ketelusan.

"Saya memohon maaf kepada seluruh anggota PKR kerana kegagalan proses pengundian," tulis beliau.

Selain itu Abdul Khalid turut menggesa PKR melakukan proses reformasi yang menyeluruh terhadap sistem pemilihan yang digunapakai sekarang.

Menerusinya Twitternya juga Abdul Khalid seakan mengakui wujud gejala penipuan undi dalam parti itu untuk memenangkan calon tertentu termasuk bagi jawatan tertinggi parti seperti yang didakwa oleh banyak pihak.

Justeru beliau menggesa ahli parti untuk mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk diambil tindakan.

"Saya meminta agar setiap aduan tentang penipuan hendaklah diadukan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR.

"Aduan dan tindakan ini penting untuk kita tunjukkan bahawa PKR ialah parti yang bersih dalam tatacara mengendalikan pemilihan," katanya.

Sebelum ini calon Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut mengkritik sistem pemilihan partinya yang dipimpin ibu dan bapanya apabila mendakwa kaedah pengundian mengikut nombor adalah 'menyusahkan'.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan sistem baru yang digunakan lebih merumitkan berbanding sistem konvensional yang digunakan pada pilihan raya umum.

PKR, Selangor

Artikel Lain