suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Ambil Tindakan Tegas Pengamal Perubatan Jual Sijil Sakit

Mustafar Ali.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap pengamal perubatan yang menjual sijil perakuan sakit kepada pekerja bagi memastikan sektor perubatan bebas daripada rasuah atau salah guna kuasa.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata mereka yang terlibat akan disiasat di bawah Seksyen 18, Akta SPRM 2009.  

Di bawah Seksyen tersebut, seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya

"SPRM boleh menyiasat kes penipuan sijil perakuan sakit memandangkan ia melibatkan elemen mengaut keuntungan dan ada unsur nilai kewangan.

"SPRM memandang serius tindakan segelintir pengamal perubatan yang menjual sijil perakuan sakit kepada pekerja. Ia bagi memastikan integriti pengamal perubatan dapat dipertingkatkan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Pada Jumaat, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengingatkan pengamal-pengamal perubatan bahawa mereka boleh dikenakan tindakan tegas jika terbukti menjual sijil perakuan sakit.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata SPRM boleh menyiasat kes penipuan sijil perakuan sakit memandangkan ia melibatkan elemen mengaut keuntungan dan ada unsur nilai kewangan. 

"SPRM pernah memgambil tindakan ke atas doktor-doktor yang mengeluarkan sijil perakuan sakit palsu kepada pekerja yang tidak layak atau tidak sakit dengan menerima bayaran tertentu.

"Dalam kes menjual sijil perakuan sakit, kedua-dua pekerja dan pengamal perubatan boleh dikenakan tindakan jika mempunyai bukti secukupunya," katanya. 

Justeru, beliau berharap  Kementerian Kesihatan atau mana-mana pihak yang mempunyai bukti agar menghubungi SPRM dengan segera untuk diambil tindakan sewajarnya.

Artikel Lain