suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik Salun Cedera Ditikam Pelanggan

IPOH: Seorang pemilik salun rambut cedera di perut akibat ditikam pelanggan di premisnya di Jalan Silibin di sini, pada Jumaat.

Wanita yang berusia lingkungan 40-an itu yang enggan dikenali berkata kejadian berlaku pada tengah hari tadi selepas beliau selesai menggunting rambut seorang lelaki berumur sekitar 20-an.

"Selepas saya selesai menggunting rambutnya, lelaki itu berdolak-dalik apabila saya meminta bayaran daripadanya dan sebaliknya dia mengugut saya supaya menyerahkan wang," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya mengamuk dan memukulnya kerana enggan menyerahkan wang.

"Kami bergelut dan dia mengeluarkan pisau untuk menikam perut saya," katanya.

Wanita tersebut berkata lelaki itu panik dan terus melarikan diri apabila beliau menjerit meminta tolong.

Mangsa kemudiannya mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman mengesahkan kejadian itu dan pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain