suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buku Resepi 28 Negara EU Dilancar

Paolicchi menunjukkan buku resepi masakan 28 negara EU yang dilancarkan, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Delegasi Kesatuan Eropah (EU) di Malaysia menerbitkan sebuah buku resepi bertajuk 'Europe Uncovered: A Journey in 28 Dishes', yang terhasil daripada kecintaan terhadap makanan enak, dikongsi bersama oleh Eropah dan Malaysia.

Kounselor Pertamanya, Alessandro Paolicchi berkata, buku berkenaan adalah koleksi resipi tradisional, perayaan dan sajian harian dari 28 negara anggota EU.

"Banyak hidangan yang ditampilkan dalam buku ini lazimnya dinikmati di kediaman dan kawasan kejiranan masyarakat di Eropah dan mewakili kepelbagaian benua Eropah dengan pengaruh geografi, sejarah dan kebudayaan," katanya pada majlis pelancaran buku itu di sini, Jumaat.

Buku setebal 65 halaman itu memaparkan hidangan popular di seluruh dunia merangkumi Wiener Schnitzel dari Austria, Macarons (Perancis) dan bebola daging (Sweden), sehinggalah kepada sajian dengan perisa tersendiri, misalnya, Yaitza Po Panagyurski (telur rebus dengan yogurt berempah) dari Bulgaria, Saltibarscai (sup ubi bit) dari Lithuania dan Sarmale (kubis masam berinti) dari Romania.

Pembaca turut disajikan dengan dua resepi istimewa ciptaan dua chef berpusat di sini iaitu Jochen Kern dan Nathalie Aberfeuille yang menggabungkan sajian Eropah dengan cita rasa Malaysia.

Buku berkenaan diedarkan secara percuma dan orang ramai yang berminat mendapatkan mendapatkan boleh menghantar butiran diri mereka kepada  alamat emel [email protected].

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain