suria

Ahmad Said Masih MB Terengganu

Ahmad Said
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu seperti mana dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, 25 April lepas, menurut Badan Perhubungan Umno Terengganu Jumaat.


Ketua Penerangannya Datuk Abdul Rahman Bakar mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa tiada pertukaran mana-mana Menteri Besar di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Selain itu, beliau mendakwa tiada perjanjian antara Ahmad dan Perdana Menteri bagi memegang jawatan itu untuk tempoh setahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas.
 
"Perdana Menteri kata, beliau tidak akan tukar mana-mana Menteri Besar di semua negeri...beliau buat kenyataan itu selepas mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua minggu lepas," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.

Menurutnya laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Ahmad akan digantikan sebagai Menteri Besar adalah andaian penulisnya semata-mata.

Katanya laporan seperti itu tidak seharusnya timbul ketika kepimpinan Ahmad mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada kalangan pemimpin BN malah juga rakyat Terengganu.

Abdul Rahman berkata sebagai pemimpin negara yang berpandangan jauh, adalah mustahil untuk Perdana Menteri melakukan perkara seperti yang dilaporkan oleh akhbar terbabit.
 
"Tiada gerakan daripada anggota exco yang dinamakan sebagai pengganti, atau mana-mana 17 wakil rakyat BN dan Parlimen empat orang...kesal atas laporan itu dan semak daripada sumber Putrajaya dan Umno pusat tidak akan ada pertukaran," katanya.

Katanya setakat ini Kerajaan BN Terengganu tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan guaman terhadap penulis berita tersebut kecuali jika ia dilakukan secara melampau.

Dalam pada itu, Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan wujud golongan kecil yang menyebarkan spekulasi laporan berita itu kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu yang mereka inginkan.
 
"Nasihat saya kepada golongan 'desperado' itu, berhentilah menangguk di air yang keruh...jangan mengulanginya kerana ia memberi mudarat kepada Menteri Besar Terengganu, Umno, BN dan pembangkang juga akan memanipulasi isu ini," katanya.

Ahmad, 56, menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar yang diperkenan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 9 Mei tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu buat pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar pada 22 Mac 2008.


KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu seperti mana dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, 25 April lepas, menurut Badan Perhubungan Umno Terengganu hari ini.

Ketua Penerangannya Datuk Abdul Rahman Bakar mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa tiada pertukaran mana-mana Menteri Besar di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Selain itu, beliau mendakwa tiada perjanjian antara Ahmad dan Perdana Menteri bagi memegang jawatan itu untuk tempoh setahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas.
 
"Perdana Menteri kata, beliau tidak akan tukar mana-mana Menteri Besar di semua negeri...beliau buat kenyataan itu selepas mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua minggu lepas," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.

Menurutnya laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Ahmad akan digantikan sebagai Menteri Besar adalah andaian penulisnya semata-mata.

Katanya laporan seperti itu tidak seharusnya timbul ketika kepimpinan Ahmad mendapat sokongan padu bukan sahaja daripada kalangan pemimpin BN malah juga rakyat Terengganu.

Abdul Rahman berkata sebagai pemimpin negara yang berpandangan jauh, adalah mustahil untuk Perdana Menteri melakukan perkara seperti yang dilaporkan oleh akhbar terbabit.
 
"Tiada gerakan daripada anggota exco yang dinamakan sebagai pengganti, atau mana-mana 17 wakil rakyat BN dan Parlimen empat orang...kesal atas laporan itu dan semak daripada sumber Putrajaya dan Umno pusat tidak akan ada pertukaran," katanya.

Katanya setakat ini Kerajaan BN Terengganu tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan guaman terhadap penulis berita tersebut kecuali jika ia dilakukan secara melampau.

Dalam pada itu, Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan wujud golongan kecil yang menyebarkan spekulasi laporan berita itu kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu yang mereka inginkan.

"Nasihat saya kepada golongan 'desperado' itu, berhentilah menangguk di air yang keruh...jangan mengulanginya kerana ia memberi mudarat kepada Menteri Besar Terengganu, Umno, BN dan pembangkang juga akan memanipulasi isu ini," katanya.

Ahmad, 56, menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar yang diperkenan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 9 Mei tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu buat pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar pada 22 Mac 2008.

Ahmad Said, MB Terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain