suria

Pesawat Singapore Airlines Berpatah Balik

Sebuah pesawat milik Singapore Airlines (SIA) dilihat berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura pada Jumaat. - Foto AFP.
SINGAPURA: Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) yang dalam penerbangan ke Hong Kong terpaksa berpatah balik pada Jumaat selepas juruterbangnya menerima isyarat mengenai masalah yang terjadi kepada pintu kargo pesawat berkenaan, kata jurucakap syarikat penerbangan tersebut.


Pesawat Airbus A380 itu membawa 263 penumpang, mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. 

Penumpang pesawat berkenaan dipindahkan ke pesawat lain dan berlepas pada pukul 0900 waktu tempatan. 

"Pesawat SQ866 dari Singapura ke Hong Kong berpatah balik ke Lapangan Terbang Changi tengah hari tadi selepas kokpit menerima isyarat kecemasan mengenai masalah pintu kargo," kata jurucakap Singapore Airlines. 

"Jurutera SIA kini sedang mengenalpasti punca yang menyebabkan isyarat kecemasan dinyalakan," tambahnya. 

SQ866 merupakan penerbangan harian dari Singapura ke Hong Kong dan sering berlepas pada pukul 0500 waktu tempatan. 

Januari lalu, satu daripada pesawat A380 terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Azerbaijan selepas mengalamai pesawat tersebut mengalami kehilangan tekanan dalam kabin pesawat. 

Pihak SIA berkata siasatan berhubung insiden berkenaan sedang dijalankan dan memfokuskan kepada pintu dek utama yang didapati mengalami sedikit kebocoran.

Singapore Airlines, A380, patah balik

Artikel Lain