suria

Warga Bangladesh Maut Ketika Ambil Mempelam

Gambar hiasan -

MARANG: Seorang pekerja kilang papan warga Bangladesh maut selepas terjatuh dari bumbung kilang ketika cuba mengambil buah mempelam di Kampung Wakaf Tapai tengah malam Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata mangsa ditemui penyelia kilang tempat dia bekerja dalam keadaan terbaring di atas simen dengan berlumuran darah kira-kira 12.10 tengah malam.

"Penyelianya pada mulanya dimaklumkan mangsa tidak pulang ke rumah sewanya. Penyelia itu lalu mencari mangsa di sekitar kawasan kilang dan menemuinya terbaring berhampiran kawasan kilang itu," katanya.

Mangsa dipercayai memanjat bumbung kilang setinggi enam meter untuk mengambil buah sebelum dia terjatuh dan cedera parah di kepala serta badan.


Marang, Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain